03 July 2016

Sabun ME Merawat Eczema

Sabun ME Merawat Eczema


Text : Rosilawati Wahid
Foto : Carian Google


Eczema adalah keadaan di mana kulit menjadi kering dan radang, dengan lepuh yang menyebabkan kegatalan dan pendarahan. Kadang-kadang reaksi terhadap kerengsaan (dermatitis Eczematous) tetapi biasanya tidak mempunyai sebab luaran yang jelas.

Hanya pengidap eczema sahaja yang merasainya. Bahagian yang ada masalah eczema perlu lembap sentiasa bagi mengelakkan rasa gatal. Jika ke klinik akan dibekalkan dengan krim seperti hydrocortisone bagi mengurangkan gejala. 

Ianya boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi bahagian badan yang paling biasa seperti di leher, pelipat siku dan juga belakang lutut. Ada juga eczema di seluruh bahagian badan.

Anak saya, Adini telah 18 tahun mengidap eczema, dari usia bayi hingga sekarang. Jika berpeluh akan memburukkan lagi keadaan. Adini juga sensitif kepada beberapa jenis sabun, jika menggunakan sabun buku ia akan mengeringkan lagi kulitnya. Hanya sabun dalam bentuk cecair yang boleh digunakan. 

Sehingga saya diperkenalkan dengan sabun ME banyak perubahan pada bahagian eczema. Bahagian yang kering kemerahan sudah semakin berkurang dan hampir tiada lagi (maaf saya tidak dapat sertakan gambar sebab ianya bahagian aurat leher dan pelipat siku).



Kesan pada individu adalah berbeza. Seperti anak saya, ianya mengambil masa antara 2 minggu hingga 1 bulan baru menampakkan hasil. 

Saya suka sabun ME ni sebab selain bersifat lembut pada kulit, baunya sangat harum semerbak memenuhi ruang bilik mandi. Rasa segar sangat.

Mula-mula beli 1 dahulu untuk cuba, bila dah nampak hasil terus jadi ahli (RM50 sahaja) sebab nak beli dengan harga murah.


Maklumat lanjut :
Call/sms/wa : 0123013341
Kak Sheila Wahid

Post a Comment