10 October 2013

[SHAKLEE] CARA MEMBUAT PEMBELIAN DI KAUNTER - HQ

Bagi yang baru mendaftar sebagai ahli selamat datang Sheila ucapkan. Ok, di sini Sheila ingin terangkan bagaimana jika anda ingin buat pembelian melalui kaunter.

Langkah 1,

Ambil angka giliran dengan menekan butang “A”. Mesin angka ni terletak di kaunter berhampiran pintu masuk.

Anda juga perlu mengambil borang pesanan barang yang terdapat di atas kaunter 3. Isikan butiran seperti nama, nombor SID dan kuantiti barang yang ingin dibeli.

Langkah 2,

Tunggu sehingga giliran anda dipanggil. Setelah nombor anda dipanggil, anda perlu ke kaunter dan serahkan borang pesanan pada pegawai bertugas. Setelah pegawai di kaunter memasukkan pesanan ke dalam sistem, anda perlu membuat pembayaran mengikut jumlah pembelian.

Satu salinan invoice beserta angka giliran akan diserahkan kepada anda. Anda perlu menunggu untuk barang-barang anda disediakan oleh petugas.

Langkah 3,

Di kaunter penyerahan barang-barang, barang pesanan akan disediakan oleh petugas mengikut invoice. Setelah no anda dipanggil, 2 keping salinan purchased order akan diserahkan pada anda. Anda perlu menyemak senarai pesanan barang-barang dalam purchased order dengan barang-barang yang diserahkan kepada anda.

Jika semuanya tally, seterusnya anda perlu menurunkan tandatangan di atas purchased order berkenaan dan barang pesanan akan diserahkan kepada anda. Salinan asal diserahkan kepada petugas, salinan pendua disimpan oleh anda.

Mudah dan senang. Waktu operasi kaunter adalah dari pukul 10.00am – 7.00pm.

Post a Comment