15 August 2013

VITAMIN KETIKA HAMIL–TRIMESTER PERTAMA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil digalakkan untuk mengambil Asid Folic 3 bulan sebelum hamil. Walau bagaimanapun, jika anda dapati anda telah pun hamil ianya masih belum terlambat lagi.


Seperti yang Sheila ceritakan di entri SHAKLEE PILIHAN SAYA, Sheila mengalami masalah Hb rendah. Dah ambil supplement yang dibekalkan dari klinik kesihatan pun bacaan Hb masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan.


Jadi, masa mengandungkan Ammar (anak ke-5) Sheila dah siap-sedia dengan bekalan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tiada masalah bacaan Hb rendah.


Vitamin yang Sheila ambil sepanjang trimester pertama macam set yang di bawah ni. Serba lengkap.. dan Sheila juga rujuk dengan doktor di klinik kesihatan dan doktor cakap tiada masalah untuk meneruskan pengambilan vitamin tersebut.



Set J1 | Set kehamilan Trimester pertama

Vitamin asas kehamilan untuk trimester pertama mengandungi 4 item sahaja iaitu Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan OsteMatrix. Fungsi setiap vitamin adalah berbeza.

  
Harga : RM294.00 (sm) RM311.00(ss)
Untuk kegunaan 4 bulan (anggaran)


VITALEA DENGAN ZAT BESI
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
  • Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan lebih sel-sel darah merah. Zat Besi (Iron) adalah penting untuk untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen yang cukup ke seluruh tubuh dan bayi.
  • Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan kebiaasannya ia disebabkan oleh kekurangan zat besi.
  • Vita-lea Iron Formula Shaklee mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • Pengambilan supplemen zat besi membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • Ia juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
  • Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 27mg.
  • Perlu diingatkan, ianya tak boleh diambil bersama supplemen kalsium kerana kalsium menghalang penyerapan zat besi sebaliknya digalakkan diambil bersama Vitamin C kerana Vitamin C menggalakkan penyerapan Zat Besi.

B-COMPLEX

  • Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Asid Folik.
  • Asid folik adalah penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan.
  • Ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan asid folik ini dimulakan sebelum kehamilan lagi, sebaik2nya sebaik sahaja selepas berkahwin kerana adakalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.
  • Vitamin B Complex Shaklee juga membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Ianya sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Vitamin B juga dikenali sebagai anti-stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Dos yang disyorkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400mcg sehari, manakala bagi ibu-ibu yang sedang hamil ialah 1000mcg sehari.

Vita-C

  • Vitamin C adalah nutrien penting yang membantu membina tulang, kulit, rawan dan tendon janin.
  • Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun badan ibu dan menyumbang kepada pembaikan tisu, kulit yang sihat dan penyembuhan luka yang cepat.
  • Kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat dalam haiwan.
  • Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula (Zat Besi) meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh kerana Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi, mineral penting dalam pembinaan sel-sel darah merah.


OsteMatrix (Kalsium)

  • Sumber kalsium yang lengkap dengan Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron.
  • Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh ibu.
  • Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak dalam kandungan.
  • Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).
  • Dos yang diperlukan bagi ibu hamil ialah 1000-1300mg sehari.

Bagi anda yang mengambil supplement Shaklee tak perlu lagi mengambil supplement lain sebab risau overdose. Nanti consult dengan doktor masing-masing ye.

Nak dapatkan produk ni hubungi Sheila melalui saluran berikut :


















*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Post a Comment