08 August 2013

Shaklee Pilihan Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, hari ini 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 Hijrah Sheila mulakan perjalanan blog NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda.

Kenapa dengan Tanggal 8 Ogos???

Tiada simbolik apa-apa cumanya senang nak ingat tarikh.. itu aje... sama macam nak ingat nutrisi tambahan, ingatlah
NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda ^_^
Insyaa Allah Sheila akan berkongsi tentang pengalaman dan perjalanan Sheila bersama dengan suplement tambahan Shaklee.
Sheila mula berkenalan dengan Shaklee semasa mengandung anak ke-5... sekitar hujung tahun 2011. Ketika ini umur Sheila 36 tahun. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki anak buat kami sekeluarga. Jangkaan bersalin adalah pada Januari 2012.

Pada kehamilan sebelumnya (anak ke-4) tahun 2007, Sheila mengalami masalah Hb (Heamoglobin) yang rendah (nanti Sheila ceritakan kesan Hb rendah pada baby ye). Mungkin disebabkan faktor usia dan tidak kurang juga disebabkan faktor makanan yang diambil setiap hari.

Bacaan
Hb sekitar 8-9 sahaja sedangkan bacaan Hb yang normal adalah lebih 11. Hanya Allah jualah yang melindungi Sheila dan baby masa ni. Berdoa semoga baby dalam keadaan sihat.
Jururawat di klinik kesihatan menasihatkan untuk mengambil makanan yang boleh meningkatkan Hb dan dalam masa yang sama vitamin yang diambil asalnya Obimin juga ditukar... tujuannya untuk meningkatkan kadar Hb. Tapi masih tidak berhasil. Sehingga usia kandungan masuk ke 37 minggu, bacaan Hb masih lagi berada di takuk 9.7....

Jadi setelah Sheila buat kajian di internet dan melalui pengalaman rakan-rakan yang lain, Sheila pun mencuba produk
Shaklee ni. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan yang ke-5 tiada lagi masalah Hb rendah. Bacaan Hb tidak pernah turun dari angka 11 lagi. Alhamdulillah... syukur pada Allah.

Selepas melahirkan pun Sheila teruskan sahaja pengambilan supplement
Shaklee ini kerana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan... maklum le, anak dah lima... macam-macam produk dalam pantang dah cuba... ada yang berkesan dan ada juga yang agak kurang serasi dengan badan.

Selain daripada itu, supplement
Shaklee juga membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti untuk diberikan kepada baby. Biasanya masa pantang makanan akan dicatu sebab nak dapatkan balik bentuk badan asal, banyak yang tak boleh makan mengakibatkan badan kekurangan zat penting. Akibatnya susu yang dihasilkan juga kurang berkualiti.

Jadi dengan pengambilan supplement tambahan ianya dapat menampung kekurangan zat dalam badan di samping baby pun dapat manfaat yang sama.

Insyaa Allah, Sheila akan kongsikan lagi cerita-ceriti Sheila bersama
Shaklee di sini... semoga ada yang dapat dimanfaatkan oleh anda.

Hingga jumpa lagi, ceria-ceria selalu.

Wassalam.


Sheila Wahid
Admin : NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda
Post a Comment