14 August 2013

ADAKAH ANDA MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum-sebelum ni Sheila jarang atau boleh kata tak ada mengambil makanan tambahan. Sheila cuma ambil vitamin masa mengandung je. Pada hari-hari yang tidak mengandung macam tak ambil berat sangat tentang makanan tambahan. Biasalah... badan sihat. 


Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang sempurna buat Sheila. Jarang sangat kena serangan selsema... Alahan pun Alhamdulillah tiada. Bersyukur sangat.

Tapi bila usia meningkat, badan dah rasa macam… errr… satu macam… pendek kata tak rasa macam masa muda-muda dulu, time ni le Sheila baru mula kisahkan tentang makanan tambahan aka supplement.

Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati kan. Jadi Sheila mula mengkaji corak pemakanan seharian kami sekeluarga. Ada yang perlu diperbaiki.

Jadi, adakah anda perlu mengambil makanan tambahan a.k.a supplement?

 

Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Sebagai panduan Sheila sertakan beberapa persoalan untuk anda jawab secara jujur.
  • Adakah anda merokok?
  • Adakah anda kerap berdiet?
  • Adakah anda sedang hamil atau menyusukan bayi?
  • Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
  • Adakah anda berbadan kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
  • Adakah anda mengelakkan susu, keju dan tairu?
  • Adakah anda kerap makan daging merah berlemak makanan penuh lemak?
  • Adakah anda mengalami masalah sinus yang teruk?
  • Adakah anda terdedah kepada kimia merbahaya?
  • Adakah anda banyak makan makanan jeruk atau awet seperti sosej, nugget, burger?
  • Adakah anda mengalami sindrom pra-haid?
  • Adakah anda jarang bergiat di luar rumah?
  • Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
  • Adakah makanan yang dibeli di pasaraya mengandungi sisa-sisa kimia toksik atau bahan penambah?
  • Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan?
  • Adakah anda sering mengambil minuman berakohol?
  • Adakah anda salah seorang daripada warga emas?
  • Adakah anda mengambil pil perancang kehamilan?
  • Adakah anda sering mengabaikan pengambilan sarapan?
  • Adakah anda sedang menerima perubatan?
  • Adakah anda dimasukkan ke hospital baru-baru ini?
  • Adakah anda seorang remaja?
  • Adakah anda kemurungan?
  • Adakah anda makan kerana rasa dan kemudahan dan bukannya kerana khasiat pemakanan tersebut?
  • Adakah anda mengalami penyakit kronik?
  • Mahukah anda merasa lebih sihat?
Persoalan di atas ni sebahagian je. Jika sekiranya anda menjawab “YA” pada mana-mana satu soalan ini, kegunaan makanan tambahan yang selamat boleh membantu memperbaiki kesihatan anda.

Sebagai ibu/isteri anda bertanggungjawab dalam memberikan makanan terbaik buat diri sendiri, suami dan terutamanya anak-anak semenjak dari dalam kandungan lagi.


Marilah kita sama-sama berazam untuk memberikan khasiat terbaik buat suami dan anak-anak serta keluarga secara keseluruhannya.

Jumpa lagi di posting akan datang, semoga anda akan sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.
 


Sheila Wahid
Admin : NutrisiHut - Rakan Nutrisi Anda
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Post a Comment